|
Judul – Lili Buat Najah : Penulis – Nazurah Aishah Harga – RM21.00 Harga pesanan pos/pesanan online (www.jemariseni.com) RM19 Pos percuma dalam Malaysia. *boleh juga pesan terus daripada penulisnya J
Sebenarnya Kak NiLA sangat bertuah sekali kerana penulis Lili Buat Najah bukan sahaja sudi berkongsi cerita, tetapi Nazurah Aishah sudi pula menaip ceritanya di sini untuk tatapan kita bersama. Baiknya adik Kak NiLA yang sorang ni.
Kak NiLA mengenali Nazurah Aishah melalui sepotong e-mel di kotak pesanan weblog Kak NiLA lebih 19 bulan yang lalu. Katanya waktu itu,
Saya ada tulis cerita di dalam forum di www.cari.com.my dalam board writer's room. tajuknya: tiada dikau, tiada makna Minat menulis sejak di sekolah lagi dan tak pernah stop. Cuma recently baru tergerak nak letak kat forum... and mostly tak pernah habis tulis tapi bila diletak kat forum tu, ada pulak yang rajin 'mengejar'. Saya inginkan pandangan peribadi Kak NiLA tentang cerita dan gaya penulisan saya. Kalau boleh diperbaiki... saya nak perbaiki. Manalah tahu kalau ada rezeki saya nak terbitkan novel macam Noor Suraya. I can be contacted at address given. Thanking u in advance! ~ nazurah ~
Itulah awal perkenalan kami J... yang manis.
E-melnya menyusul, Thanks Kak NiLA sebab sudi balas mesej saya. Saya sangat sukakan buah tangan Noor Suraya especially Biru Ungu Cinta... meleleh air mata tiap kali baca. And sebab sukakan nama Affan dalam cerita tu, saya pinjam nama tu untuk thread saya yang kedua di forum tu. Air mata?
Fasal air mata... itulah trademark penulis JS yang sorang ni J Dengarlah apa cerita Nazurah tentang... dari mana datangnya air mata?
Ramai yang jatuh cinta pada Syahrun Najah tetapi terlupa memberi kredit kepada tunggak cerita ini, Nur Natasha Ameera. Tanpa yang bercerita tentang lara hatinya, menghitung hari-hari mendatang yang penuh dengan pelbagai ujian, tidak mungkin pembaca dapat merasakan betapa bahagianya hidup dicintai lelaki seperti Syahrun Najah. Dari awal hingga akhir Tasha berkongsi isi hatinya dengan pembaca.
Keseluruhan cerita ini merupakan luahan hati Tasha. Penggunaan kata ganti nama pertama 'aku' merupakan eksperimen saya terhadap cerita ini. Hasilnya saya rasakan para pembaca terasa lebih 'dekat' dan mudah menerima langsung menjiwai watak-watak yang diilhamkan dalam cerita ini. Malah saya sendiri turut sama menyelami hati dan perasaan Tasha sehingga mengalir air mata tika menulisnya dahulu.
Ops, Kak NiLA pun, Naz L ... dan Kak NiLA juga kantoi 'tertangkap' sewaktu menyapu air mata....
Sewaktu menulis Lili Buat Najah, saya dan keluarga sedang melalui saat-saat sukar. Pemergian bonda tercinta memberi kesan yang amat mendalam dalam penghasilan cerita ini terutama pada bab-bab terakhir dalam Lili Buat Najah. Impaknya sangat besar buat saya dan rasa kehilangan itu turut saya kongsi bersama Tasha dalam Lili Buat Najah ini. Mungkin, ini adalah jawapan kepada persoalan yang kerap ditanya teman-teman pembaca mengenai 'rasa' yang satu itu. Cerita ini hanyalah fiksyen semata-mata namun 'semangatnya' benar….
Ceritalah yang seronok-seronok pula Cik Naz!
Pengalaman menulis yang sifar, ilmu yang cetek tapi berani pula terjun ke dunia 'penulisan' yang asing lagi mencabar ini... itulah permulaannya. Itulah Nazurah Aishah, datangnya meluru sahaja… lalu tiba-tiba buat orang menangis pula. Lelaki dan perempuan mengalirkan air mata kerananya!
Itu betul tu, Naz... cerita ini mengundang air mata, dalam bahagia ada sedih. Sambung Cik Naz lagi...
Okeylah Kak NiLA. Saya sambunglah ni....
Jangan tak tahu, kerana pengalaman yang sifar dan ilmu yang cetek itulah saya mahu sahaja menyorok di bawah meja apabila Yahoo! Messenger (YM) digegarkan oleh 'kakak tukang cantas' yang siap siaga dengan pelbagai soalan. Acap kali apabila YM bergegar, saya mahu pengsan! Banyak kali saya cakap dengan diri sendiri, kenapalah aku menulis… kenapalah aku biarkan hatiku meluahkan dan memberi hak kepada jari untuk menyampaikan hasrat hati. Sepanjang proses 'kelahiran' itu saya memang diserang sindrom pengsan-pengsan… hehe.
Oh, patutlah... patutlah... begitu ke sifatnya 'kakak tukang cantas' tu... sian Naz, Kak Su kau orang tu memang tak patut. Dia dan Kak Ajah memang 'algojo' sejati di bahagian editorial. Tetapi, bukankah hasilnya pun sungguh manis, Naz? Lagi, Naz? Ada tak... nak ucap 'terima kasih' kepada sesiapa?
…kepada pengalaman hidup yang banyak meminjamkan idea-idea sepanjang menulis cerita ini. Sesungguhnya pengalaman tidak boleh dijual beli!
…kepada rasa kecewa kerana tanpanya tidak mungkin novel ini dapat digarap sehingga meruntun sesiapa yang menghayatinya,
…kepada teman-teman yang tak putus memberi sokongan dan perangsang, tanpa kasih sayang dan semangat mereka, tentu tidak lahir Lili Buat Najah ini…
Bacalah Lili Buat Najah dan selamilah hati Nur Natasha Ameera. Rasakan getar cinta Syahrun Najah, biarkan dirimu dalam rindu selalu….
Itu sahaja temu bual Kak NiLA dengan penulis berbakat besar ni. Untuk itu, Kak NiLA juga ingin bertanya soalan 'ganas' bagi pihak JS:"Ada ke buah tangan terbaharu untuk tahun depan. Nampaknya, air mata pembaca Naz sudah pun kering, bila lagi nak suruh orang menangis lagi?"
Bagi yang belum membaca biar Kak NiLA promosikan di sini...
Anak saudara Kak NiLA begini perwatakannya: Tingginya 6 kaki; pemain ragbi universiti di selatan tanah air; ada motosikal besar; wajahnya ala-ala pelakon Indonesia Nicolas Saputra; dan dia ambil kursus kejuruteraan pula....Dan dia suka sangat dengan cerita ni.Kalau dia suka sangat dengan Lili Buat Najah, apa yang menghalang anda untuk membacanya, kan?
Sayang, Kak NiLA |